Saturday 14 April 2012

ZIKIR MERAWAT HATI (^_^)

Rajin-rajinkanlah diri kalian mendengar..tak rugi papepun..


KEMATIAN BERHAMPIRAN KITA



 
"Bahawa malaikat maut
memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70  kali dalam sehari.Ketika
Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati  orang itu ada yang sedang
gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang
ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk  mencabut nyawanya, tetapi dia
masih berseronok-seronok bergelak ketawa."


Sabda Nabi
Muhammad S.A.W



 TANDA-TANDA KEMATIAN
100 Hari Tanda Sebelum Kematian

Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.


Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan
bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati
bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang
setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa
sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


40 Hari Tanda Sebelum Kematian

Tanda ini juga akan berlaku
sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash
Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula
membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa.



Akan terjadi malaikatmaut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih
ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini
wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan
dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


7 Hari Tanda Sebelum Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba
ianya berselera untuk makan.

3 Hari Tanda Sebelum Kematian

Pada ketika ini akan terasa
denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.


Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang
yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh
dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.


Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur
masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh
ke depan dan sukar ditegakkan.

1 Hari Tanda Sebelum Kematian

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan
sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Nazak atau Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan
kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.





*Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai
tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam
Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan
Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk
mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan
kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk
menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk
mengkafankan bahagian mukanya.



Waktu
Asar?
Apa yang membuatkan aku terfikir
dan ingin mengkaji adalah kenapa semua tanda ini berlaku pada waktu asar?
Mengapa bukan pada waktu yang lain subuh, zohor, maghrib mahupun
isyak.


Ya! Wallahuallam, memang hanya Allah
yang tahu tetapi kita dikurniakan akal dan pancaindera untuk menkajinya.Jadi
berpandukan google dan search engine lain aku cuba mencari maklumat dan kaitkan
mengapa waktu asar?


Kebaikan Solat Waktu
Asar

Aku cuba menafsir melalui kebaikkan waktu
asar, dimana kelebihan solat pada waktu asar.Mengaitkan pada waktu ini terdapat
frekuensi warna oren yang melambangkan kreativiti.Orang yang tertinggal waktu
asar dikatakan akan hilang daya kreativitinya dan sebab itulah jika kita tidur
(jasad terpisah dari ruh) kita berkemungkinan kurang daya kreativiti atau
mungkin kurang waras a.k.a gila




"wal asri" (demi masa,
waktu asar)-surah al-asr ayat
1

Sebagaimana yang diketahui
setiap hari dalam kalendar islam waktu pertama bukan pukul 12:00 a.m tetapi pada
waktu maghrib.Waktu asar adalah penghujung hari dan penutup segala catitan pada
waktu tersebut.



Sebagaimana yang
diceritakan didalam surah tersebut mengapa 'asr' disebut adalah sebagai
peringatan bahawa cahaya alam akan dicabut dan malam akan menjelma oleh itu
sentiasalah beringat akan kematian dan hari pembalasan kerana masa kian
suntuk.


Mungkin ini hanya tafsiran
seorang yang amat cetek dalam agama dan mungkin ada yang lebih megetahui akan
hal ini jadi cuba kongsikan kerana yang baik itu datangnya dari Allah dan yang
lemah adalah dari diri aku sendiri



Wallahuallam...

Thursday 12 April 2012

SEDEKAH

Apakah
fadilat bersedekah?

Sedekah ini
fadilat utamanya ada tiga iaitu rezeki murah, dapat menolak bala dan panjang
umur.

Sebabnya, apabila kita bersedekah, penerimanya akan mengucapkan
alhamdulillah sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan juga kepada manusia
yang memberikan sumbangan.

Ini juga dijelaskan dalam hadis yang
bermaksud, “Sesiapa yang tidak mengasihani tidak
akan dikasihani
.”

Apabila kita bersedekah hendaklah kita
mendahulukan orang yang dekat dengan kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada
orang lain.

Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh
Imam Ahmad. Antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada diri sendiri,
isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada sedekahlah kepada sesiapa yang
memerlukan. Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, lebih baik
kita bersedekah kepada mereka sebelum bersedekah kepada penduduk luar negara.


SOLAT TIANG AGAMA

KEBAIKAN SOLAT DALAM KESIHATAN




BEGITU hebat rahsia di sebalik ibadah solat yang umat Islam lakukan setiap hari.
Solat bukan ibadat biasa, tetapi ia manifestasi hebat yang dianugerahkan kepada manusia – zahir dan batin.

SUJUD DENGAN SEMPURNA….kajian membuktikan apabila seseorang sujud rongga dada akan bertambah besar dan paru-paru akan berkembang dengan baik bagi menghirup udara bersih selain melancarkan pengaliran darah.
Jangan terkejut amalan solat yang dilakukan setiap hari adalah terapi paling berkesan merawat pelbagai penyakit berbahaya.


Kajian saintifik membuktikan kesahihan perkara itu. Penyakit berpunca daripada makanan kita makan setiap hari dan tabiat buruk yang diamalkan. Dalam soal pemakanan, Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia yang amat teliti dan bijak mengatur pola makanan seharian.

Nabi Muhammad turut menekankan ibadah yang pintar bermula dengan wuduk yang menyimpan 1001 rahsia.


Melalui wuduk, kesihatan bertambah baik, wajah berseri-seri dan tampak awet muda jika dilaksanakan dengan sempurna.

Dalam buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah karya Dr Mohammad Ali Toha, Prof Dr Syahathah dari Fakulti Perubatan, Universiti Alexandria, Mesir membuat kajian bahawa ‘istinsyaq’ atau memasukkan air melalui hidung ketika berwuduk membersihkan hidung daripada kuman.

Cara melakukannya ialah dengan memasukkan air seperti menarik nafas dengan kekuatan sederhana kemudian mengeluarkan air itu dengan hembusan yang kuat.

Kaedah itu jika dilakukan dengan sempurna mampu mencegah 17 penyakit berbahaya, antaranya mata, telinga kulit, radang kerongkong, batuk dan penyakit paru-paru dan penyakit mental. Percayalah, jika Allah memerintahkan sesuatu ibadah itu, pasti ada hikmah dan manfaat kepada manusia.


Apakah kesan langsung dalam setiap pergerakan yang dilakukan ketika kita menunaikan solat lima waktu? Di dalam sebuah kitab fiqh ada menyentuh mengenai solat iaitu Muniyatul Musalli. Ia menggambarkan solat adalah persembahan terbaik kepada Khaliq (Allah). Solat yang tidak khusyuk ibarat persembahan hadiah yang tidak bernilai. Justeru, setiap Muslim perlu mempunyai hati yang bersih bagi khusyuk dalam solat. Pernahkah kita berfikir mengapa perintah bersolat lebih awal dari ibadat puasa atau amalan lain? Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah memberikan perintah bersolat kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara terus tanpa perantaraan sesiapa di Sidratul Muntaha. Kelebihan bersolat dibuktikan sendiri Rasulullah, apabila ditimpa kesukaran dan kesedihan, Baginda akan berkata kepada Bilal: “Tenteramkanlah hatiku, wahai Bilal.” Maka Bilal pun mengalunkan azan. Kemudian mereka mengerjakan solat secara berjemaah.


Pakar perubatan mengakui solat yang khusyuk adalah amalan meditasi yang ideal. Bacaan dalam solat menyebabkan manusia berada dalam keadaan antara jaga dan tidur.

Cuba praktikan kepada diri sendiri, apabila menghadapi masalah, kerjakan solat sunat dua rakaat dan lihat hasilnya.

Malah, pergerakan dalam solat mempunyai maksud penghambaan kepada Allah apabila dilakukan dengan fokus dan toma’ninah.

Ia lebih mujarab jika kita memahami setiap bacaan dalam solat. Memang bukan mudah untuk khusyuk dalam solat kerana syaitan sering mengganggu dan melalaikan manusia.

Oleh itu, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kita jangan tidur selepas makan, tetapi berzikir dan bersolat.


Diceritakan, suatu hari Abu Hurairah sakit perut lalu Nabi berkata: “Bangkit dan bersolatlah kerana sesungguhnya ada perubatan dalam solat.” Menurut kajian penyelidik dari Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya (UM) solat boleh merawat pelbagai penyakit kronik.

Ketua Penyelidiknya, Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim, berkata setiap gerakan solat mempunyai manfaat besar yang mampu meningkatkan kesihatan manusia secara optimum. “Hasil kajian membuktikan gerakan dalam solat seperti berdiri betul, takbiratul ihram, iktidal, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, tahiyat menyamai senaman ringan.

“Solat yang lengkap lima kali sehari semalam, memahami makna bacaan, rukuk dengan betul serta melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahiyat akhir akan mendapat komposisi tubuh yang baik.

“Berbeza dengan mereka yang tidak melakukan perkara berkenaan komposisi tubuh mereka kurang baik,” katanya.

“Keputusan kajian juga mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, melakukan rukuk pada kedudukan 90 darjah, sakit pinggang berkurangan,” katanya.

 Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Jika kamu rukuk, letaklah kedua-dua tanganmu pada kedua-dua lututmu, kemudian renggangkanlah jari-jarimu, kemudian tenanglah sampai ruas tulang belakangmu mantap di tempatnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban) Selain itu, pergerakan sujud pula membuatkan seseorang bukan saja menjadikan otot besar dan kuat, tetapi saluran darah seperti arteri, vena serta urat limfa akan terurus.

Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Aku diarahkan untuk sujud di atas tujuh anggota sujud: di atas dahi dan Nabi menunjukkan ke arah dahinya (termasuk hidung) dan kedua-dua belah tangan dan kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dengan mengamalkan jari kaki membengkok ketika gerakan sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir mendapati ia mampu membakar lemak dalam badan selain mengurangkan risiko penyakit jantung.


Fatimah berkata setiap pergerakan dalam solat iaitu bermula dari berdiri tegak sehingga selesai memberi salam mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing. “Memberi salam ke kanan dan ke kiri adalah amalan baik bagi menyelesaikan masalah kerapuhan tulang tengkuk,” katanya. Bagi Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas, solat yang dilaksanakan lima kali sehari cukup dijadikan asas senaman rutin. “Solat boleh dianggap senaman fizikal yang istimewa kerana di dalamnya mengandungi pergerakan yang menyamai senaman regangan otot.

“Ia memberi kesan positif terhadap psikologi, tulang otot dan serebral. Semasa bersolat, otot dan sendi turut bergerak,” katanya. Sementara itu, seorang lagi penyelidik, Ng Siew Cheok menyifatkan ibadah solat yang dilakukan seorang Muslim menghasilkan keadaan otak yang tenang.

“Keadaan itu dicapai sebelum seorang itu bergerak untuk sujud. Selain itu, solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan seseorang. “Ketika toma’ninah (berhenti seketika) di dalam solat adalah waktu seseorang itu dijangkakan akan berada dalam keadaan tenang.
 Justeru, setiap perbuatan dalam solat perlu dilakukan dengan teratur dan tidak tergesa-gesa,” katanya.


Kesimpulan, solat menyimpan 1001 rahsia yang perlu dikaji dan dipelajari kerana jika perintah itu datang dari Allah, pasti ia mempunyai kebaikan untuk manusia.