Saturday 14 April 2012

KEMATIAN BERHAMPIRAN KITA



 
"Bahawa malaikat maut
memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70  kali dalam sehari.Ketika
Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati  orang itu ada yang sedang
gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang
ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk  mencabut nyawanya, tetapi dia
masih berseronok-seronok bergelak ketawa."


Sabda Nabi
Muhammad S.A.W



 TANDA-TANDA KEMATIAN
100 Hari Tanda Sebelum Kematian

Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.


Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan
bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati
bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang
setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa
sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


40 Hari Tanda Sebelum Kematian

Tanda ini juga akan berlaku
sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash
Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula
membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa.



Akan terjadi malaikatmaut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih
ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini
wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan
dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


7 Hari Tanda Sebelum Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba
ianya berselera untuk makan.

3 Hari Tanda Sebelum Kematian

Pada ketika ini akan terasa
denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.


Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang
yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh
dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.


Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur
masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh
ke depan dan sukar ditegakkan.

1 Hari Tanda Sebelum Kematian

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan
sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Nazak atau Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan
kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.





*Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai
tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam
Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan
Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk
mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan
kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk
menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk
mengkafankan bahagian mukanya.



Waktu
Asar?
Apa yang membuatkan aku terfikir
dan ingin mengkaji adalah kenapa semua tanda ini berlaku pada waktu asar?
Mengapa bukan pada waktu yang lain subuh, zohor, maghrib mahupun
isyak.


Ya! Wallahuallam, memang hanya Allah
yang tahu tetapi kita dikurniakan akal dan pancaindera untuk menkajinya.Jadi
berpandukan google dan search engine lain aku cuba mencari maklumat dan kaitkan
mengapa waktu asar?


Kebaikan Solat Waktu
Asar

Aku cuba menafsir melalui kebaikkan waktu
asar, dimana kelebihan solat pada waktu asar.Mengaitkan pada waktu ini terdapat
frekuensi warna oren yang melambangkan kreativiti.Orang yang tertinggal waktu
asar dikatakan akan hilang daya kreativitinya dan sebab itulah jika kita tidur
(jasad terpisah dari ruh) kita berkemungkinan kurang daya kreativiti atau
mungkin kurang waras a.k.a gila




"wal asri" (demi masa,
waktu asar)-surah al-asr ayat
1

Sebagaimana yang diketahui
setiap hari dalam kalendar islam waktu pertama bukan pukul 12:00 a.m tetapi pada
waktu maghrib.Waktu asar adalah penghujung hari dan penutup segala catitan pada
waktu tersebut.



Sebagaimana yang
diceritakan didalam surah tersebut mengapa 'asr' disebut adalah sebagai
peringatan bahawa cahaya alam akan dicabut dan malam akan menjelma oleh itu
sentiasalah beringat akan kematian dan hari pembalasan kerana masa kian
suntuk.


Mungkin ini hanya tafsiran
seorang yang amat cetek dalam agama dan mungkin ada yang lebih megetahui akan
hal ini jadi cuba kongsikan kerana yang baik itu datangnya dari Allah dan yang
lemah adalah dari diri aku sendiri



Wallahuallam...

No comments:

Post a Comment